Agensi Pelancongan
| |||||
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Selasa, 15 November 2016
MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN NEGERI KELANTAN
TEMPAT PENGINAPAN
1.Hotel Grand Riverview
Lokasi hotel yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan menjadikan Hotel Grand Riverview ini hotel paling popular di sini. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah kolam mandi. Sememangnya sesuai dijadikan penginapan seisi keluarga mahupun urusan perniagaan. Hotel ini juga paling kerap digunakan bagi pelbagai urusan rasmi dalam negeri mahupun antarabangsa. Facebook rasmi Hotel Grand Riverview juga antara facebook hotel yang paling aktif menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti. Lihat kadar harga bilik Hotel Grand Riverview
2.Tok Aman Bali Beach Resort
Resort Tok Aman Bali Beach ini telah menambat hati pihak kami untuk dicalonkan penginapan nombor 1 terbaik di Kelantan. Resort yang masih baru lagi ini terletak di Tok Bali di mana ia sangat sesuai bagi pengunjung mencari kedamaian sambil menenangkan fikiran, jauh dari kesibukan kota. Suasana yang selesa dan pemandangan di sekitar resort yang cantik menjadikan resort ini penginapan terbaik sepanjang tahun 2012 di Kelantan. Lihat kadar harga bilik Tok Aman Bali Beach Resort
3.Hotel Ridel tepi Sungai Kelantan
Jika inginkan penginapan dan pemandangan Sungai Kelantan dengan bajet yang rendah, Hotel Ridel ini adalah pilihan anda. Di depan hotel ini juga terdapatnya food court dan restoran, sesuai menjamu hidangan seisi keluarga sambil menghirup udara di tepi sungai. Selain itu, hotel ini sangat dekat, malah boleh berjalan kaki sahaja ke tempat tumpuan utama pelancongan di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Kampung Kraftangan dan pelbagai lagi. Hotel Ridel
4.Sudara Beach Resort
Sudara Beach Resort adalah resort kedua terbaik di Kelantan selepas Tok Aman Bali Resort. Resort ini pernah memenangi ‘Anugerah Resort Terbaik Di Kelantan’ oleh Tourism Malaysia Kelantan pada tahun 2010. Harganya berbaloi dengan persekitaran dan pantai yang bersih serta cantik. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat perjumpaan hari keluarga terutamanya dengan kemudahan perkhidmatan dorm yang boleh menempatkan jumlah penginap yang ramai. Lihat kadar harga bilik Sudara Beach Resort
5.Perdana Resort
Perdana Resort antara resort yang paling lama beroperasi di Kelantan. Resort ini terletak di Pantai Cahaya Bulan merupakan resort yang dekat dengan Kota Bharu menjadikan resort ini resort pilihan bagi seisi keluarga di waktu cuti sekolah. Lihat kadar harga bilik Perdana Resort
Langgan:
Catatan (Atom)