TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Tempat-Tempat Menarik Dan Lokasi Pelancongan Di Kelantan
بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PETA
DESTINASI pelancongan yang terkenal di Kelantan termasuklah:
Tempat membeli-belah

Pasar Besar Siti Khadijah
Nama
asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu.
Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri
Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan
majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu
pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang
rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat
berniaga .
Pasar
ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah
dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan
sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering
seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal.
Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi
dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling
"tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan
seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung
pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala
tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.
Pantai

Pantai
Irama terletak di Bachok, Kelantan menghadap Laut China Selatan.
Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama
pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup (November -
Mac).
Pantai
Irama terletak di pinggir Bandar Bachok, kira-kira 20 km dari Kota
Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil
masa kira-kira 30 minit.
Kemudahan
yang disediakan ialah gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat
letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman
permainan kanak-kanak.
Gunung

Gunung Stong
Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan
ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong,
Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan
yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.
Gunung Stong menempatkan salah satu air
terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan
tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor
dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak
mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia. Antara
panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan
Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan
burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi
haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi
dari Gunung Stong. Sekiranya perjalanan untuk menawan puncak Gunung
Stong memakan masa selama 3-4 jam, Gunung Ayam pula memerlukan masa
tambahan sebanyak 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun untuk menempuhi
perjalanan seharian ia memakan masa sekurang-kurangnya 9 jam.
Pendakian ke puncak Gunung Ayam penuh dengan cabaran. Ia memerlukan
kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jalan-jalan yang harus ditempuhi
penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki
akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. Sekiranya anda
ingin berkhemah di puncak Gunung Ayam, jangan lepaskan peluang menikmati
keindahan panorama matahari terbit yang membelah langit biru yang
dipenuhi dengan gumpalan-gumpalan awan.
Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air
terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat
menghilangkan kepenatan.
Pusat kesenian
Dalam
mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah
mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan
itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu
kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat
ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada
anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung
dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang
masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir barat, Rebana Ubi,
permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu
setiap minggu secara bergilir-gilir.
Bersantai

Jeram
Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air
terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi
dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki
perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu
terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat,
Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.
Sejarah:-
Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan
air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai
di Kelantan.
Kemudahan:-
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah
membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf
rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.
Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang
dibina oleh pihak PBT.
SUMBER RUJUKAN DARI
http://nasronhashim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan