Selasa, 15 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN

1.Hotel Grand Riverview

Hasil carian imej untuk hotel grand riverview kota bahru 

Lokasi hotel yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan menjadikan Hotel Grand Riverview ini hotel paling popular di sini. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah kolam mandi. Sememangnya sesuai dijadikan penginapan seisi keluarga mahupun urusan perniagaan. Hotel ini juga paling kerap digunakan bagi pelbagai urusan rasmi dalam negeri mahupun antarabangsa. Facebook rasmi Hotel Grand Riverview juga antara facebook hotel yang paling aktif menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti. Lihat kadar harga bilik  Hotel Grand Riverview

2.Tok Aman Bali Beach Resort

Hasil carian imej untuk tok aman bali beach resort semerak kelantan malaysia

Resort Tok Aman Bali Beach ini telah menambat hati pihak kami untuk dicalonkan penginapan nombor 1 terbaik di Kelantan. Resort yang masih baru lagi ini terletak di Tok Bali di mana ia sangat sesuai bagi pengunjung mencari kedamaian sambil menenangkan fikiran, jauh dari kesibukan kota. Suasana yang selesa dan pemandangan di sekitar resort yang cantik menjadikan resort ini penginapan terbaik sepanjang tahun 2012 di Kelantan. Lihat kadar harga bilik Tok Aman Bali Beach Resort

3.Hotel Ridel tepi Sungai Kelantan

Hasil carian imej untuk Hotel Ridel tepi Sungai Kelantan

Jika inginkan penginapan dan pemandangan Sungai Kelantan dengan bajet yang rendah, Hotel Ridel ini adalah pilihan anda. Di depan hotel ini juga terdapatnya food court dan restoran, sesuai menjamu hidangan seisi keluarga sambil menghirup udara di tepi sungai. Selain itu, hotel ini sangat dekat, malah boleh berjalan kaki sahaja ke tempat tumpuan utama pelancongan di Kelantan seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Kampung Kraftangan dan pelbagai lagi. Hotel Ridel

4.Sudara Beach Resort

Hasil carian imej untuk sudara beach resort bachok

Sudara Beach Resort adalah resort kedua terbaik di Kelantan selepas Tok Aman Bali Resort. Resort ini pernah memenangi ‘Anugerah Resort Terbaik Di Kelantan’ oleh Tourism Malaysia Kelantan pada tahun 2010. Harganya berbaloi dengan persekitaran dan pantai yang bersih serta cantik. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat perjumpaan hari keluarga terutamanya dengan  kemudahan perkhidmatan dorm yang boleh menempatkan jumlah penginap yang ramai. Lihat kadar harga bilik Sudara Beach Resort

5.Perdana Resort

Hasil carian imej untuk perdana resort pcb kota bharu

Perdana Resort antara resort yang paling lama beroperasi di Kelantan. Resort ini terletak di Pantai Cahaya Bulan merupakan resort yang dekat dengan Kota Bharu menjadikan resort ini resort pilihan bagi seisi keluarga di waktu cuti sekolah. Lihat kadar harga bilik Perdana Resort

Tiada ulasan:

Catat Ulasan