TEMPAT MAKANAN MENARIK
1.Nasi Kak Wok Lundang

Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.
Info Nasi Kak Wok Lundang
Alamat/lokasi : Jalan Masjid Lundang, Kota Bahru (belakang KBMC) , terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong selepas KBMC.
Waktu: Setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.
2.Alemy Meggi Ketam Cherang Ruku

Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.
Info Alemy Meggi Ketam, Cherang Ruku
Alamat/lokasi: Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan
Waktu: Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi
3.KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

Nak makan ikan bakar anda mesti berkunjung ke KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. Selain ikan bakar, pelbagai menu lain turut disediakan. Sudah tentu turut ada pelbagai ulam-ulaman, sambal beserta budu.
Info KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Alamat/lokasi: Terletak di Wakaf Che Yeh. Berhadapan dengan CIMB Bank.
Waktu: Setiap hari 4.30 petang – 1.30 pagi.
4.Nasi Ulam Cikgu

Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.
Alamat/lokasi: Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah
Waktu: Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang).
5.Lido Corner

Lokasinya memang mudah dicari. Lido Corner atau juga dikenali Nasi Sup Tepi Sungai Kota Kharu terletak bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Kedai makannya nampak biasa.
Menunya juga nampak biasa. Tetapi sekali anda cuba pasti anda akan berkunjung lagi ke sana. Berkonsepkan layan diri, Lido Corner menyediakan hanya 1 menu utama iaitu nasi sup daging dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu daging bakar, ayam bakar dan kari ikan.
Alamat/lokasi: Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Waktu: Setiap hari kecuali hari Jumaat (12.30 tengahari – 5.30 petang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan